21 March 2012

KalauSayang --->



APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG GANODERMA LUCIDUM?

Pernah dengar nama “GANODERMA”? Apakah sebenarnya Ganoderma? Saya pasti sudah ramai yang tahu apa itu Ganoderma. Namun, masih ada yang belum tahu mengenai GANODERMA ini…

Ganoderma Lucidum (cendawan merah) merupakan cendawan yang biasa digunakan di dalam perubatan tradisional masyarakat Cina. KINI, Ganoderma Lucidum masih lagi dihargai sebagai makanan tambahan yang sangat berkhasiat dan mempunyai nilai perubatan herba yang tinggi.

Ganoderma dari GANO EXCEL adalah dihasilkan daripada Ganoderma Lucidum. Sekam padi, tepung beras perang dan serbuk kayu getah adalah antara bahan-bahan yang digunakan sebagai medium penanaman cendawan ini. Tiada bahan kimia, racun serangga atau pun hormone yang digunakan dalam proses penanaman. Pendedahan kepada cahaya matahari juga turut dikawal bagi memastikan ciri-ciri teraputik dapat dikekalkan. Ganoderma mengambil masa selama 3 bulan untuk matang dan cara memetik Ganoderma dilakukan di bawah kawalan rapi. 


BAGAIMANA GANODERMA BERFUNGSI?

Selepas pengambilan Ganoderma, tindakbalas di antara kandungan aktif Ganoderma dan tubuh badan akan berlaku. Tindakbalas ini boleh diringkaskan dalam 5 peringkat seperti di bawah :

Mengesan (1-30 hari)
Kandungan aktif Ganoderma mula membantu untuk mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan akan merasakan tindakbalas Ganoderma semasa ia mengenalpasti toksin dan penyakit.

Membersih – menyahtoksin (1-30 minggu)
Pada peringkat ini, Ganoderma bertindakbalas untuk menyingkir asid uric, asid laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel tisu mati dan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya disingkir melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau bisul, ruam atau kahak. Ini merupakan tanda-tanda bahawa proses penyahtoksikan sedang berlaku dalam tubuh badan.

Menyeimbang (1-12 bulan)
Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma akan bertindakbalas memulihkan badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.

Membaikpulih (6-24 bulan)
Ganoderma terus bertindak untuk menguatkan sistem imun dan membaikpulih anggota tubuh dan sistem yang terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan mineral dan vitamin untuk mempercepatkan kadar penyembuhan.

Awet Muda (1-3 tahun)
Matlamat terakhir pengambilan Ganoderma ialah mengekalkan fungsi badan ke paras yang optimum dan membantu mengekalkan keremajaan.

*Tempoh masa yang diambil untuk proses di atas adalah berlainan antara seseorang individu.


No comments:

Meh Klik Sini..!!