Profil Syarikat

LATARBELAKANG GANO EXCEL ENTERPRISE SDN BHD

Gano Excel merupakan peneraju utama industri pemakanan kesihatan yang berasaskan Ganoderma lucidum (Lingzhi) di Malaysia dan juga syarikat MLM tempatan tunggal yang komited dalam menjayakan ‘Ganoderma Nutritional Immunology’ di peringkat antarabangsa. Jaringan penyelidikan, penanaman dan pemprosesan hinggalah ke peringkat pemasaran produk yang diuruskan sendiri telah mengukuhkan lagi kedudukan Gano Excel dalam industry MLM di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Gano Excel diasaskan di KEDAH, MALAYSIA pada tahun 1995. Walau bagaimanapun sejarah Ganoderma Gano Excel bermula sejak 1983 lagi apabila pengasasnya, Mr Leow Soon Seng telah membuat kajian mengenainya dan mendapati bahawa kelembapan cuaca di Malaysia (28’C hingga 32’C) adalah sesuai untuk penanaman Ganoderma. Setelah melalui pelbagai proses kajian dan percubaan, beliau telah mengesan bahawa Ganoderma Lucidum mempunyai KESAN TERAPUTIK yang PALING TINGGI. Daripada 200 spesis yang ditemui, beliau telah memilih 6 yang terbaik untuk menghasilkan Ganoderma Gano Excel. 




Gano Excel kini sudah beroperasi selama 15 tahun dalam industri MLM. Di awal penubuhannya, Gano Excel hanyalah menyewa sebuah lot rumah kedai di Mergong, Alor Setar, Kedah dengan memasarkan 3 produk utama iaitu, GANODERMA, EXCELLIUM dan GANO CAFÉ 3in1. Tanpa mengenal erti putus asa, Gano Excel bekerja keras untuk berjaya dengan mengembangkan rangkaian produk kesihatannya kepada lebih 50 jenis kesemuanya.

Kejayaan misi dan visi Gano Excel banyak bergantung kepada prasarana terbaik yang dimiliki sendiri oleh Gano Excel seperti Kompleks Kilang Gano Excel Industri yang mendapat pengiktirafan ‘Amalan Perkilangan Baik’ (GMP) dan Ladang Ganoderma Organik Gano Excel yang terbesar di DUNIA. Gano Excel kini telah berjaya mengembangkan sayap perniagaannya ke lebih 65 pasaran global antaranya Australia, Arab Saudi, Bahrain, Bangladesh, Kanada, Republik Dominica, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia,Korea, Kuwait, Mexico, Mongolia, Myanmar, Nepal, New Zealand, Nigeria, Oman, Pakistan, Paraguay, Filipina, Puerto Rico, Qatar, Romania (EU), Sudan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), USA, Vietnam Costa Rica, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Republik Czech, Belanda, Peru, Poland, Turki, Slovakia, Uzbekistan dan banyak lagi negara-negara yang sedang berkembang dengan pesat.

Kejayaan Gano Excel yang dikecapi kini bukan diperolehi dalam sekelip mata. Ia hasil daripada kerja keras dan kerjasama erat antara usahawan dan pihak syarikat dengan memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan para usahawannya mengecapi kejayaan dalam mengejar impian kehidupan melalui perniagaan MLM Gano Excel.

Gano Excel boleh berbangga kerana telah berjaya mengubah kehidupan ramai orang, baik dari segi kesihatan mahupun sosio-ekonomi dan ia merupakan sumbangan terbesar Gano Excel terhadap masyarakat. Ini kerana Gano Excel amat komited dengan misinya untuk ‘Membawa Kesihatan dan Kekayaan kepada Setiap Keluarga’. Falsafah korporat 5K iaitu Kesihatan, Kekayaan, Kejayaan, Kebajikan dan Kebahagiaan tetap menjadi pegangan Gano Excel dalam terus mengharungi cabaran di dalam dunia perniagaan MLM.





PENANAMAN GANODERMA
  • Persekitaran yang sesuai dan semulajadi adalah cirri penting dalam memastikan Ganoderma yang berkualiti tinggi dapat dihasilkan. Gano Excel memiliki Ladang Ganoderma Organik yang terbesar di dunia. Dengan mengamalkan konsep mesra alam.

PEMPROSESAN PRODUK
  • Pengurusan system pengeluaran yang efisien dan pekerja terlatih adalah penting bagi menjamin pengeluaran yang produktif dan berterusan.

KAWALAN KUALITI
  • Gano Excel sentiasa memberi penekanan terhadap aspek kawalan kualiti di setiap bahagian. Bermula dari bahagian kawalan bahan mentah, bahagian penyediaan kapsul sehinggalah bahagian pembungkusan, keunggulan  kualiti adalah prinsip yang sentiasa dipraktikkan oleh barisan penyelidik Gano Excel.

KECANGGIHAN TEKNOLOGI
  • Dalam setiap aspek yang dilakukan, Gano Excel sentiasa memberikan yang terbaik. Kombinasi antara kekuatan teknikal Gano Excel dan kecanggihan mesin berteknologi tinggi adalah amat penting untuk menghasilkan siri produk yang menepati citarasa pengguna.

PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
  • Gano Excel sentiasa peka terhadap trend pasaran yang mahukan pembaharuan yang lebih kreatif dan inovatif. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Gano Excel terus unggul, konsisten dan komited dalam aspek ini demi menghadapi persaingan dan cabaran global di alaf baru ini.

SIJIL-SIJIL & PENGIKTIRAFAN
  • Drug Control Authority
  • Ministry of Health Malaysia
  • Australian Quarantine & Inspection Service
  • USM Innovation & Consultancy Centre
  •  Direct Selling Association of Malaysia
  •  Singapore Productivity and Standards Board
  •  Chemical Laboratory
  •  Ministry of Health Thailand
  •  Biochem Laboratories
  • Ministry of Health Indonesia
  • HALAL Certificate
  • Ministry of Health Singapore
  • Bureau of Food & Drugs
  • ISO 9001:2000
  • Federation of Malaysian Manufacturers




 GANO EXCEL ANTARABANGSA MALAYSIA
·         Gano Excel Enterprise Sdn Bhd (352730-W) (AJL 93850)
3,4,5 Susuran Shahab, Shahab Perdana,
Jalan Sultanah Sambungan,
05150 Alor Setar, Kedah. Malaysia.
Tel : 604-7346828
Fax :604-7323828


No comments:

Meh Klik Sini..!!